SHAH ALAM, 21 Julai — Anggota polis forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam memeriksa mayat janin yang ditanam di belakang sebuah rumah teres dua tingkat di No 14, Jalan 7/12 D, Seksyen 7 di sini, hari ini.
Mayat janin yang tidak diketahui jantina itu dibungkus di dalam surat khabar berlapik plastik dipercayai digugurkan di sebuah klinik di Klang dekat sini awal hari ini.
Ketua Polis Shah Alam ACP Abd Wahab Embong ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata suspek berumur dalam lingkungan 20-an itu kini ditahan di balai polis Shah Alam bagi membantu siasatan.
– fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA






