KUCHING, 1 Nov — Mayat bayi perempuan dengan tali pusatnya masih belum dipotong, ditemui dalam beg plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Taman BDC Stutong di sini, hari ini.
Mayat itu ditemui oleh anggota Unit Forensik, Ibu Pejabat Daerah Kuching hasil maklumat seorang doktor yang merawat seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di Hospital Umum Sarawak.
Remaja perempuan itu, yang mengalami pendarahan teruk di pangkal rahim, disyaki melahirkan bayi itu dan membuangnya di tempat pembuangan sampah itu.
f–fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA





